RANCANGAN PENGAJARAN PRASEKOLAH
MASA : 10.20 – 11.20 pagi (60 minit)
MODUL TEMA : HAIWAN
TUNJANG UTAMA : LITERASI SAINS DAN TEKNOLOGI.
Fokus : ST 3.0 Menyiasat Alam Hidupan.
Standard Kandungan : ST 3.4 Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat,
cara pergerakan, jenis makanan, kitaran
hidup haiwan yang biasa dijumpai.
cara pergerakan, jenis makanan, kitaran
hidup haiwan yang biasa dijumpai.
Standard Pembelajaran : ST 3.4.1 Menamakan haiwan yang biasa dijumpai
(dalam kehidupan sebenar, buku/tv)
(dalam kehidupan sebenar, buku/tv)
ST 3.4.2 Mengecam bunyi haiwan yang biasa
dijumpai.
dijumpai.
ST 3.4.3 Memerhati dan meniru pergerakan haiwan
(contoh pergerakan; terbang, melompat)
(contoh pergerakan; terbang, melompat)
Kesepaduan : KT 2.1.13 Menyanyi sambil bergerak
KT 1.1.5 Mewarna dalam ruang tertentu.
BM 1.1.5 Mengecam pelbagai bunyi di persekitaran
murid.
murid.
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat :
1. Meniru dan membunyikan bunyi haiwan yang
ditunjukkan oleh guru serta melakukan pergerakan
haiwan tersebut.
2. 18/25 orang kanak-kanak dapat menamakan haiwan
dengan tepat.
dengan tepat.
3. 22/25 orang kanak-kanak dapat mewarna gambar
haiwan yang diberikan dengan warna yang sesuai.
haiwan yang diberikan dengan warna yang sesuai.
Bahan : Video, Kad huruf. Kad gambar, kertas edaran
Bahan : Video
LANGKAH 1
(15 minit)
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN.
SET INDUKSI
( 5 Minit )
1.Guru memperdengarkan pelbagai bunyi haiwan seperti kucing, katak, burung dan sebagainya.
2.Kanak-kanak menceritakan pengalaman dan pengetahuan mereka berkaitan haiwan.
Bahan : Video
LANGKAH 1
(15 minit)
1. Guru memperlihatkan gambar - gambar haiwan dan memperdengarkan
semula bunyi haiwan tersebut.
2. Kanak-kanak menamakan haiwan tersebut dengan bimbingan guru.
3. Guru memperlihatkan semula gambar haiwan dan kanak-kanak
menghasilkan bunyi haiwan tersebut.
4. Guru memperkenalkan huruf pertama haiwan tersebut.
Contohnya K-kucing/kuda, i-itik/ikan.
( langkah diulang sehingga semua kanak-kanak terlibat )
Bahan :Video, Kad gambar haiwan, Kad huruf
LANGKAH 2
(15 minit)
1. Guru menyebut huruf dan kanak-kanak menyebut nama haiwan yang
mempunyai huruf permulaan seperti yang disebut oleh guru.
2. Guru memperlihatkan gerakan haiwan-haiwan tersebut.
3. Kanak-kanak meniru pergerakan haiwan yang ditunjukkan.
4. Secaraberkumpulan, kanak-kanak melakukan pergerakan haiwan
berpandukan bunyi haiwan yang diperdengarkan oleh guru.
Bahan : Kad huruf, VCD
LANGKAH 3
( 10 minit)
1. Guru memainkan lagu “kami bunyi”
2. Guru membimbing kanak-kanak menyanyi lagu tersebut.
3. Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama-sama sambil melakukan pergerakan haiwan.
Bahan : VCD/video
LANGKAH 4
( 10 minit)
1. Guru menunjukkan pelbagai gambar haiwan dan kanak-kanak menamakan
haiwan yang ditunjukkan.
2. Guru mempamerkan pelbagai gambar haiwan dan menerangkan tentang
warna haiwan tersebut.
3. Kanak-kanak mewarnakan gambar haiwan dengan warna yang tepat
berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
Bahan : Kadgambar, kertas edaran, warna
PENUTUP
( 5 minit )
1. Guru bersoaljawab tentang isi pelajaran yang telah dipelajari.
2. Guru mempamerkan hasil kerja kanak-kanak yang cantik dan kemas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan